Pages

Memaparkan catatan dengan label pregnant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pregnant. Papar semua catatan

29 Disember 2015

My labor experience =)


Assalamualaikum. Lamanye tak singgah blog ni. huhu.. Alhamdulillah, hari ni terasa macam nak update blog. Makanye, marilah kite mengarang.. Rasanye after Naufal lahir, saya tak pernah cerita pasal proses bersalin saya kan? huhu.. disebabkan hari ni mood nak mengarang tu membuak-buak, maka marilah kite bercerita. hihi.. *anak dah setahun dah oi baru nk story* huhu

*note: entry kali ni agak panjang ye.. bacalah dgn penuh penghayatan & sabar. haha

During pregnancy, waktu bulan ke-6, saya dpt tahu yg saya ada high blood pressure. Waktu tu doc bagi saya consume ubat darah tinggi untuk monitor everything so that baby ok, tekanan darah saya pon ok. Of course saya kena pantang even waktu pregnant. *sedih*.. saya tak blh makan daging and memang saya tak makan until saya deliver baby.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah everything going on well sampai week ke 37. Masuk week ke 38, doc scan and cakap yang baby dah engaged. So, doc plan utk induce saya since saya ada high blood pressure. Doc tak nak ambil any risk utk hold that baby lama lagi. But the decision is still on us. So, balik rumah discuss with my hubby, my parents and family, and we decided to go for induce.

Next appointment dengan doc, saya scan and doc said kepala baby masih lg dekat bawah, which is good for us to move forward with our plan. Then decide untuk tarikh bila nak deliver. Pilih punya pilih, lastly we go for 17/7/2014 untuk baby keluar. Means, saya kena warded on 16/7/2014. Ye, saya bersalin waktu bulan puasa ye. *jenuh i ganti puasa hokey*

16/7/2014 - Rabu - 11PM
************************
Lepas berbuka, pack baju, bawak barang sikit-sikit sebab normally private hosp dah sediakan everything utk baby and kite. Cuma baju maknye je la kena bawak. Baju baby pon diorang dah sediakan. Pukul 11PM saya pergi PMC untuk check in.. Unfortunately, bilik penuh hokey malam tu. Adoiii.. tension kejap. Sedangkan dah booking awal-awal dah.. huhu.. Tapi nak buat camne.. So diorang tempatkan saya and suami dekat bilik rawatan untuk malam tu. sadis hokey *sobsob*. Cakap dengan suami, bilik rawatan pon rawatan la, janji dapat bersalin. hahaha.. So, dalam bilik rawatan tu ada 1 katil, 1 almari, 1 meja & 1 kerusi. Tv takde sebab bilik rawatan mana sempat nak tengok tv bagai haaa..

17/7/2014 - Khamis - 12AM
**************************
Dah tukar baju semua, nurse datang untuk cek bukaan. This is my 1st experience with this thing. Selama ni hanya baca dr review org. Ada yang cakap sakit, ada yang cakap x sakit. So, this is my time. rasa la sendiri. huhu.. Alhamdulillah, my experience tak sakit *lega*. Lepas cek bukaan, nurse cakap dah buka 1cm. Tp saya memang tak rasa apa-apa contraction pon. Bila buat CTG nurse tunjuk dah ada contraction, cuma mild contraction.

17/7/2014 - Khamis - 3AM
*************************
Pukul 3AM nurse datang lagi sekali utk cek bukaan. Waktu ni nurse cakap masih lagi sama, 1cm. So nurse masukkan ubat induce yang pertama. Lepas masuk ubat induce ni saya masih lg x rasa apa-apa contraction. Then saya tido kejap. Saya tersedar pukul 5AM bila ada nurse masuk hantar roti untuk sahur. Tapi saya tak boleh puasa hari tu. So nurse cakap makan untuk tenaga saya. Then hubby pun keluar pergi kedai makan dekat bawah PMC ni utk sahur since kitorang pon lupa nak beli pape before datang check in malam td.

17/7/2014 - Khamis - 6AM
*************************
Lepas solat subuh, sempat baca surah Maryam sekali. Lepas tu saya mula rasa sakit contraction sikit-sikit. Saya bagitau dekat hubby and of course kitorang excited sebab tahu tak lama lagi baby nak keluar =)

17/7/2014 - Khamis - 8AM
*************************
Doc Ratna masuk bilik untuk cek tekanan darah and cek bukaan lagi sekali. Waktu ni berharap bukaan dah ke 3cm. Tapi bila doc check die cakap baru 2cm. huhu.. Takpe-takpe, awal lagi. Then doc ada cakap kalau bukaan saya agak lambat process nye, die akan pecahkan air ketuban saya. Ok, bila dengar yang tu terus rasa nebes. huhu..

17/7/2014 - Khamis - 10AM
**************************
Nurse masuk untuk buat CTG. Waktu ni contraction tak heavy lagi. Masih lagi mampu sembang dengan hubby, balas whatsapp kawan2, check IG, FB sume la.. hehe..

17/7/2014 - Khamis - 12PM
**************************
Doc datang lagi sekali untuk cek bukaan. Tapi masih lagi 2cm. Oleh sebab tu, doc masukkan ubat induce yang ke-2 and pecahkan air ketuban saya. Ok, lepas je doc pecahkan air ketuban, contraction terus datang dengan jayanya. Saya agak terkejut and menangis sekejap sebab tak sangka itu yang dinamakan contraction. hoho..Tapi lepas tu, nurse bagi saya gas and after ambik gas tu saya tido. Lama ok saya tido..

17/7/2014 - Khamis - 3PM
*************************
Saya tersedar sebab nurse kejut utk ambik tekanan darah lagi. Waktu ni nurse tanya contraction kuat tak. Tapi lepas ambik gas tu saya tak rasa sangat. rasa mild balik. But then lepas setengah jam saya bangun, contraction makin kuat balik. Saya positifkan diri, tarik nafas, cuba buat apa yang saya baca sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah, sangat membantu. Terima kasih pada ibu-ibu yang shara cara nk tenangkan diri waktu contraction datang. thanks a lot!

17/7/2014 - Khamis - 5PM
*************************
Nurse datang untuk cek bukaan and bukaan dah 4cm. Ok, lagi 6cm to go. Saya kuatkan semangat waktu ni. Setiap kali contraction datang, hubby tak putus-putus ingatkan saya untuk baca doa nabi Yunus. Then hubby baca surah-surah untuk tenangkan hati saya. Seriously, bila saya ingat balik pasal moment ni, saya rasa sangat respect to all mommies yang menahan sakit bersendirian without your husband kat sebelah. You are power mommies!! And saya rasa bersyukur sangat sebab hubby sentiasa ada sebelah saya sepanjang saya bertarung dengan contraction ni. I love you hubby. huhuu *touching*

17/7/2014 - Khamis - 6.30PM
****************************
Suprisingly, my parents dr taiping sampai with my brother. Waktu ni saya memang tengah sakit contraction, but when I saw both of their faces, saya macam dapat 1 kekuatan lain. Saya siap boleh sembang-sembang dengan parents saya tanpa memikirkan pasal contractin yang datang setiap 5 minit tu. But bila diorang balik, ye la nk buka puasa kan, then contraction datang macam rasa nak beranak waktu tu jugak. huhu.. sampai hubby pon tegur benda yang sama.. Thanks jugak mak & abah sebab always be with me eventhought dah ada suami. Both of you are the greatest parents ever and I love you so much!! *touching lagi*

17/7/2014 - Khamis - 7.00PM
****************************
Nurse datang untuk cek bukaan, and yes bukaan dah 5cm. Nurse tanya nak masuk labor room sekarang or lepas berbuka. saya cakap lepas berbuka sebab saya kesian dekat hubby. Kang kelaparan die dalam labor room teman saya. huhu..

17/7/2014 - Khamis - 8.00PM
****************************
Nurse datang tolak katil masuk labor room. waktu ni contraction super heavy. setiap 3 minit kot saya rasa. Sampai saya macam give up and nak minta epi dekat nurse. Seriously waktu ni macam dah lupa apa yang saya praktik dalam bilik tadi. Sebabkan sakit yang teramat sangat, nurse yang tengok saya terus tanya sama ada saya ada rasa nak teran ke and saya cakap memang ada. Terus nurse cek bukaan. Tapi, bukaan still 5cm. Then nurse pasang CTG dekat saya and waktu ni la kemuncak cerita, yang mana during CTG process saya nampak muka nurse macam berubah sikit. Then nurse cakap dekat saya "Nurul, kalau doc cakap apa-apa lepas ni just be strong and ikot saranan doc ok" something like that la, saya pon ingat2 lupa. ye la dah setahun lebih hokey. huhu... lepas saya dengar je nurse cakap camtu saya punya risau sampai 200%. dah la tengah sakit nak beranak ni, nurse plak cakap camtu. Then bila doc datang, doc cakap dengan saya yang heartbeat baby drop each time contraction saya dtg. Means baby dah penat push himself to go out together with mummy. So, doc terus suggest untuk czer. waktu ni saya memang tak pikir apa lagi and terus cakap "go ahead doc" cause sakit contraction yang superb dgn heartbeat baby dah drop, it's better for me to go for czer.

Memang before ni saya dah prepare mental saya for any consequences yang akan terjadi waktu nak bersalin. Sebab saya banyak baca pengalaman2 orang, sembang dengan my sis and my SIL. ditambah pula saya ada high blood pressure. So dari situ saya dah prepare if i need to go for czer, i will go for it. And truly that thing happen to me. *realitinye sedih jugak la sebab saya memang aim nk normal, but apakan daya, Dia lebih mengetahui. So, after my hubby kiss my forehead, die pon keluar and waiting outside for nurse to prepare for my czer operation.

17/7/2014 - Khamis - 11.00PM
*****************************
Lepas dah masuk dalam operation room, kena tunggu pakar bius pulak. orang nak beranak tau tak. huhu.. Lepas dah cucuk ubat bius, 1/2 of my body tak rasa pape. then saya dengar Dr Ratna says "everybody we gonna start this. 1, 2, 3" then saya rasa diorang dah start belah perut saya sume la. Waktu tu saya cakap kat diri saya, saya taknak tido. then tiba-tiba ada orang pegang tangan saya. Rupanya my hubby. Yes, dekat PMC husband boleh masuk even wife kena operate for czer. then x sampai 5-6 minit, saya dengar Dr Ratna said "1, 2, 3, push" 2-3 kali. After that saya dengar suara my little boy menangis..

At this time saya rasa lega ya amat and i still remember my hubby said to me "syg, our baby dah keluar and he is a boy".. waktu ni saya just angguk je. no response sangat. sian hubby. huhu.. Then nurse tunjukkan baby dekat saya and then hubby and baby pon keluar. and doc pon terus menjahit apa yang patut. huhu

17/7/2014 - Khamis - 11.45PM
*****************************
Saya sedar katil dah kena tolak keluar dari operation room. Waktu ni saya nampak parents saya and they are smiling to me. Tapi waktu ni saya macam dah penat, so saya just tengok je diorang. and then my hubby said sleep well to me cause die nak bawak my parents balik hotel diorang. Then x sampai 5 minit saya pon terus tido...

Esok paginye baru la saya tengok muka my baby.. How excited I am that time.

This is my 1st time holding my baby. Bergenang jugaklah air mata ni waktu dukung Naufal ni. huhu.. Precious moment ever! Harap dapat ulangi moment tu lagi. Aminn.. Eh! Hihihi ^_^

So after almost 17 months, ni la baby nye. Dah jadi big baby dah.. Bila tanya die sape, he will answered "baby". But then bila saya repeat balik soalan tu, dia akan jawab "abang lah" haha..  





Love,
Ayuni Basir

12 Mac 2014

My 1st baby movement!


Assalamualaikum semua. Quite excited to write this entry. hehe.. So, let's begin. Yesterday, was something miracle happen to me. I got to feel my 1st baby movement inside my womb! Feeling?? Shocked and excited!

Last week, we went for a check up and Alhamdulillah everything was fine. Baby is fine, and mother also fine. hehe.. And suprisingly we got to know our gender's baby. OMG! We never expecting it actually cause waktu saya pergi check up, saya baru 18w. So, saya tak expect akan nampak lagi walaupon saya tahu yang 16w ke atas, sometimes dah boleh nampak gender baby. 

And during that scan process, we can see our baby quite active. Tak duduk diam sampai my hubby tanya dekat gynea, baby memang akan sentiasa bergerak ke? And gynea said, yes. baby akan sentiasa bergerak. It just that saya tak rasa lagi sebab baby still kecik, but it will come soon.

So, yesterday was the time. Seriously saya terkejut. Saya dekat office, mengadap laptop then tiba-tiba saya rasa ada something macam ketuk from inside my tummy. Then, saya terus pegang and usap perut saya sambil dalam hati said "baby, is that you?" hahaha.. bila fikir balik rasa kelakar. But itu yang saya buat. And 2nd suprisingly saya rasa untuk kali ke-2. Subhanallah, perasaan yang sangat tak dapat nak digambarkan. 

Then saya amik hp and terus whatsapp my hubby. Hubby punya excited sampai dia cakap "nak rasa, nak rasa".. haha.. But how to feel it? Saya dekat office and so do him. So, saya cakap balik rumah nanti try la, kalau baby nak bagi ayah dia rasa. Hihi..


But poor hubby, he still don't get the chance to feel our baby movement. Kena tunggu baby besar lagi, then tiap-tiap hari my hubby boleh rasa. InshaAllah. Pray for us! ^__^ And don't forget to pray for MH370. huhu..






Love,
Ayuni Basir

07 Februari 2014

Sickness during Pregnancy. Oh no!!


Sickness during pregnancy adalah something yang sangat mencabar. Macam saya, of course 1st time kan, saya banyak tanya my sis and my SIL about their sickness's experience. Thanks to them and my mom too sebab banyak bagi tips and advise during my sickness.

Sometimes macam ni la saya.. huhu..

Sape la ni.. teruk bebenor dah rupanye..

Jujurnya agak envy dengan kawan-kawan yang pregnant, but no sickness at all. They can eat and do everything just like normal. But it is totally different with me. Saya tak face with morning sickness, but mine was evening to night sickness. Saya drive sendiri pergi kerja. Perjalan pergi will be smooth. But, I need something to eat during that journey. 

Waktu balik is kind like nightmare to me. Sebabnya, of course jalan KL akan jammed and waktu itulah plastik sangat berguna kepada saya. Saya akan muntah anytime during that journey balik ke rumah. Sometimes meleleh jugak air mata sebab semua tu adalah sesuatu yang baru untuk saya. But Alhamdulillah, lama-lama I learn from it. 

Bila start phase tak lalu makan, saya mula risau. Risaukan my health and my baby. Just imagine benda yang kite suka makan, sume jadi tak suka. Yang tak suka lagi la tak suka. Minum air kosong pon boleh muntah balik. I still remember, I got 2 days MC from doc due to my sickness. Sebab I keep on muntah that day, makan apa pon keluar balik. Minum pon sama. Nasib baik tak dehydrated yang teruk. Waktu tu pon doc dah pesan, kalau keep on muntah lagi just go to hospital. huhu..

Waktu sickness, I can only eat nasi ayam and bihun sup. But dua-dua pon akan keluar balik, cuma tak sebanyak kalau saya makan other food. Bila beli makanan dekat cafe, rasa sedih sebab I only can eat quater from that. Sometime x sampai suku pon. Lagi sedih bila makan, then tak sampai 10 minit, saya akan keluarkan balik semua makanan tu. 

Hubby cakap boleh bagi orang lain makan sebab banyak lagi.. huhu

Another weird behaviour waktu my sickness, I dislike my husband's smell. Hahaha.. Poor him. Deadorant dia, perfume dia, sume saya tak suka. Sampai dia kena pakai perfume dekat luar bilik. huhuhu.. 

I still remember that doc pernah cakap, pregnancy is not a disease. It just something that you and your body need to explore. And that is totally true. Sepanjang my sickness, I keep on exploring apa makanan yang saya boleh makan, apa minuman yang saya boleh minum. Apa smell yang saya boleh bau, apa benda yang saya boleh buat and bla bla bla..

But Alhamdulillah, now sickness dah makin kurang. Makanan pon dah banyak yang boleh makan. Muntah still ada, tapi tak sekerap dan sebanyak yang dulu. My advise dari pengalaman sendiri to all mummies to be yang tengah face this sickness or mereka yang merancang untuk pregnant, expect the unexpected. Try to explore and get advise from others experience and baca any tips dekat internet. It will be so helpful to you to face with your sickness. And another one, don't forget to pray to The Almighty. InshaAllah everything will be okey!

Apa-apa pon, janji baby sihat.. ^_^



Love,
ayuni basir

28 Januari 2014

I'm Back with New Member in Mylife!


Assalamualaikum. Ohoi! Lamanya tak update blog ni. Bukan blog je tak update, FB, instagram sume sama. dah bersawang haaaa..What to do. huhuhu...So, seperti yang kalian semua sedia maklum, Alhamdulillah tuhan telah memberikan rezekiNya yang sangat bernilai to us. Syukur yang teramat. 

Pejam celik pejam celik terasa cepat sangat masa berlalu. Masih teringat waktu pertama kali saya tahu yang saya pregnant, which is on August 2013. I started to get the "hint" waktu hari raya. Saya perasan saya banyak sangat makan, cepat lapar dan kerap pening kepala. Muntah kadang-kadang. Then, when I told my hubby he said just relax, sebab waktu tu kitorang beraya di Terengganu, kampung hubby saya.

So, just act like normal. Bila dah balik KL, start keje, saya decide untuk buat pregnancy test buat pertama kalinya. Atas dasar ketidaksabaran, saya beli UPT kit dekat Watson and lepas lunch saya terus buat. Nampak tak kegelojohan dekat situ. huhuhu.. And resultnya...


Saya share pic UPT ni dengan my SIL sebab saya blur. Yes, I'm BLUR! And she said kalau ada 1 lagi line naik, even kabur, it means that you are pregnant. So, Alhamdulillah, saya share that pic with my hubby and he was really happy. And a week after, saya try lagi dengan guna UPT digital and the result juga positif..


Saya tunjuk UPT tu dekat my parents and family sebab waktu tu saya ada dekat kampung and they were really happy for us. And before balik, saya ingat lagi my father pesan dekat my hubby to take care of me and baby. Rasa comel sangat waktu tu.. hihi..

Tapi, tuhan pinjamkan rezeki tu sekejap je. Di pendekkan cerita, 1 hari tu saya bangun nak pergi keje, mandi semua, then saya perasan ada fresh blood. I'm shocked! Waktu tu jantung berdegup laju sangat. Saya try to be positive, then saya kejut my hubby and told him about the bleeding. Hubby pon terkejut walaupon dalam keadaan mamai-mamai lagi. Then, saya called my sister and my SIL, asked their opinion and both of them suggested me to go to gynae.

And lepas called both of them, I told hubby to go to gynae and waktu tu air mata keluar macam air terjun. Lepas hubby bagi kata-kata semangat and tenangkan saya, we went to gynae. And as per we expected, bila gynae scan, rahim saya kosong. And do the UPT, dah jadi negative. Dan waktu tu saya tahu yang saya alami chemical pregnancy. 

So, after the sad story, life must always go on. Thanks sangat dekat hubby and my family sebab banyak bagi moral support to me. Dan Alhamdulillah, again tuhan kurniakan berita gembira lagi sekali on end of November. 


Syukur yang teramat. Waktu ni, perasaan saya happy, excited, takut and cuak sebab tak nak benda yang sama berulang lagi. So, kali ni saya dan hubby decided to stay calm and just go with the flow. So, no news to family or friends. Until bila saya dah pergi buat check-up dengan gynae and Alhamdullillah, I saw a little sack inside my womb. After that barulah kitorang inform dekat family and friends. 

Waktu ni baru 6w..

Yang ni dah 9w. Dah dapat dengar heartbeat baby.. ^_^

Sekarang saya dah 13 minggu, 3 months already. Dah masuk 2nd trimester. My sickness was so bad. Saya tak pening, tapi saya selalu muntah. I only can eat bihun sup or nasi ayam. Yang tu pun akan muntah jugak. But only for selected kedai. huhuhu.. The rest, sorry.. huhuhu

But now dah kurang muntah. And dah start teringin makan makanan yang saya pernah makan dulu. Hopefully everything will be fine. Please pray the best for us and our baby. Terima kasih juga untuk semua wishes yang saya dan hubby dapat.


Love,
ayuni basir