Pages

Memaparkan catatan dengan label labor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label labor. Papar semua catatan

29 Disember 2015

My labor experience =)


Assalamualaikum. Lamanye tak singgah blog ni. huhu.. Alhamdulillah, hari ni terasa macam nak update blog. Makanye, marilah kite mengarang.. Rasanye after Naufal lahir, saya tak pernah cerita pasal proses bersalin saya kan? huhu.. disebabkan hari ni mood nak mengarang tu membuak-buak, maka marilah kite bercerita. hihi.. *anak dah setahun dah oi baru nk story* huhu

*note: entry kali ni agak panjang ye.. bacalah dgn penuh penghayatan & sabar. haha

During pregnancy, waktu bulan ke-6, saya dpt tahu yg saya ada high blood pressure. Waktu tu doc bagi saya consume ubat darah tinggi untuk monitor everything so that baby ok, tekanan darah saya pon ok. Of course saya kena pantang even waktu pregnant. *sedih*.. saya tak blh makan daging and memang saya tak makan until saya deliver baby.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah everything going on well sampai week ke 37. Masuk week ke 38, doc scan and cakap yang baby dah engaged. So, doc plan utk induce saya since saya ada high blood pressure. Doc tak nak ambil any risk utk hold that baby lama lagi. But the decision is still on us. So, balik rumah discuss with my hubby, my parents and family, and we decided to go for induce.

Next appointment dengan doc, saya scan and doc said kepala baby masih lg dekat bawah, which is good for us to move forward with our plan. Then decide untuk tarikh bila nak deliver. Pilih punya pilih, lastly we go for 17/7/2014 untuk baby keluar. Means, saya kena warded on 16/7/2014. Ye, saya bersalin waktu bulan puasa ye. *jenuh i ganti puasa hokey*

16/7/2014 - Rabu - 11PM
************************
Lepas berbuka, pack baju, bawak barang sikit-sikit sebab normally private hosp dah sediakan everything utk baby and kite. Cuma baju maknye je la kena bawak. Baju baby pon diorang dah sediakan. Pukul 11PM saya pergi PMC untuk check in.. Unfortunately, bilik penuh hokey malam tu. Adoiii.. tension kejap. Sedangkan dah booking awal-awal dah.. huhu.. Tapi nak buat camne.. So diorang tempatkan saya and suami dekat bilik rawatan untuk malam tu. sadis hokey *sobsob*. Cakap dengan suami, bilik rawatan pon rawatan la, janji dapat bersalin. hahaha.. So, dalam bilik rawatan tu ada 1 katil, 1 almari, 1 meja & 1 kerusi. Tv takde sebab bilik rawatan mana sempat nak tengok tv bagai haaa..

17/7/2014 - Khamis - 12AM
**************************
Dah tukar baju semua, nurse datang untuk cek bukaan. This is my 1st experience with this thing. Selama ni hanya baca dr review org. Ada yang cakap sakit, ada yang cakap x sakit. So, this is my time. rasa la sendiri. huhu.. Alhamdulillah, my experience tak sakit *lega*. Lepas cek bukaan, nurse cakap dah buka 1cm. Tp saya memang tak rasa apa-apa contraction pon. Bila buat CTG nurse tunjuk dah ada contraction, cuma mild contraction.

17/7/2014 - Khamis - 3AM
*************************
Pukul 3AM nurse datang lagi sekali utk cek bukaan. Waktu ni nurse cakap masih lagi sama, 1cm. So nurse masukkan ubat induce yang pertama. Lepas masuk ubat induce ni saya masih lg x rasa apa-apa contraction. Then saya tido kejap. Saya tersedar pukul 5AM bila ada nurse masuk hantar roti untuk sahur. Tapi saya tak boleh puasa hari tu. So nurse cakap makan untuk tenaga saya. Then hubby pun keluar pergi kedai makan dekat bawah PMC ni utk sahur since kitorang pon lupa nak beli pape before datang check in malam td.

17/7/2014 - Khamis - 6AM
*************************
Lepas solat subuh, sempat baca surah Maryam sekali. Lepas tu saya mula rasa sakit contraction sikit-sikit. Saya bagitau dekat hubby and of course kitorang excited sebab tahu tak lama lagi baby nak keluar =)

17/7/2014 - Khamis - 8AM
*************************
Doc Ratna masuk bilik untuk cek tekanan darah and cek bukaan lagi sekali. Waktu ni berharap bukaan dah ke 3cm. Tapi bila doc check die cakap baru 2cm. huhu.. Takpe-takpe, awal lagi. Then doc ada cakap kalau bukaan saya agak lambat process nye, die akan pecahkan air ketuban saya. Ok, bila dengar yang tu terus rasa nebes. huhu..

17/7/2014 - Khamis - 10AM
**************************
Nurse masuk untuk buat CTG. Waktu ni contraction tak heavy lagi. Masih lagi mampu sembang dengan hubby, balas whatsapp kawan2, check IG, FB sume la.. hehe..

17/7/2014 - Khamis - 12PM
**************************
Doc datang lagi sekali untuk cek bukaan. Tapi masih lagi 2cm. Oleh sebab tu, doc masukkan ubat induce yang ke-2 and pecahkan air ketuban saya. Ok, lepas je doc pecahkan air ketuban, contraction terus datang dengan jayanya. Saya agak terkejut and menangis sekejap sebab tak sangka itu yang dinamakan contraction. hoho..Tapi lepas tu, nurse bagi saya gas and after ambik gas tu saya tido. Lama ok saya tido..

17/7/2014 - Khamis - 3PM
*************************
Saya tersedar sebab nurse kejut utk ambik tekanan darah lagi. Waktu ni nurse tanya contraction kuat tak. Tapi lepas ambik gas tu saya tak rasa sangat. rasa mild balik. But then lepas setengah jam saya bangun, contraction makin kuat balik. Saya positifkan diri, tarik nafas, cuba buat apa yang saya baca sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah, sangat membantu. Terima kasih pada ibu-ibu yang shara cara nk tenangkan diri waktu contraction datang. thanks a lot!

17/7/2014 - Khamis - 5PM
*************************
Nurse datang untuk cek bukaan and bukaan dah 4cm. Ok, lagi 6cm to go. Saya kuatkan semangat waktu ni. Setiap kali contraction datang, hubby tak putus-putus ingatkan saya untuk baca doa nabi Yunus. Then hubby baca surah-surah untuk tenangkan hati saya. Seriously, bila saya ingat balik pasal moment ni, saya rasa sangat respect to all mommies yang menahan sakit bersendirian without your husband kat sebelah. You are power mommies!! And saya rasa bersyukur sangat sebab hubby sentiasa ada sebelah saya sepanjang saya bertarung dengan contraction ni. I love you hubby. huhuu *touching*

17/7/2014 - Khamis - 6.30PM
****************************
Suprisingly, my parents dr taiping sampai with my brother. Waktu ni saya memang tengah sakit contraction, but when I saw both of their faces, saya macam dapat 1 kekuatan lain. Saya siap boleh sembang-sembang dengan parents saya tanpa memikirkan pasal contractin yang datang setiap 5 minit tu. But bila diorang balik, ye la nk buka puasa kan, then contraction datang macam rasa nak beranak waktu tu jugak. huhu.. sampai hubby pon tegur benda yang sama.. Thanks jugak mak & abah sebab always be with me eventhought dah ada suami. Both of you are the greatest parents ever and I love you so much!! *touching lagi*

17/7/2014 - Khamis - 7.00PM
****************************
Nurse datang untuk cek bukaan, and yes bukaan dah 5cm. Nurse tanya nak masuk labor room sekarang or lepas berbuka. saya cakap lepas berbuka sebab saya kesian dekat hubby. Kang kelaparan die dalam labor room teman saya. huhu..

17/7/2014 - Khamis - 8.00PM
****************************
Nurse datang tolak katil masuk labor room. waktu ni contraction super heavy. setiap 3 minit kot saya rasa. Sampai saya macam give up and nak minta epi dekat nurse. Seriously waktu ni macam dah lupa apa yang saya praktik dalam bilik tadi. Sebabkan sakit yang teramat sangat, nurse yang tengok saya terus tanya sama ada saya ada rasa nak teran ke and saya cakap memang ada. Terus nurse cek bukaan. Tapi, bukaan still 5cm. Then nurse pasang CTG dekat saya and waktu ni la kemuncak cerita, yang mana during CTG process saya nampak muka nurse macam berubah sikit. Then nurse cakap dekat saya "Nurul, kalau doc cakap apa-apa lepas ni just be strong and ikot saranan doc ok" something like that la, saya pon ingat2 lupa. ye la dah setahun lebih hokey. huhu... lepas saya dengar je nurse cakap camtu saya punya risau sampai 200%. dah la tengah sakit nak beranak ni, nurse plak cakap camtu. Then bila doc datang, doc cakap dengan saya yang heartbeat baby drop each time contraction saya dtg. Means baby dah penat push himself to go out together with mummy. So, doc terus suggest untuk czer. waktu ni saya memang tak pikir apa lagi and terus cakap "go ahead doc" cause sakit contraction yang superb dgn heartbeat baby dah drop, it's better for me to go for czer.

Memang before ni saya dah prepare mental saya for any consequences yang akan terjadi waktu nak bersalin. Sebab saya banyak baca pengalaman2 orang, sembang dengan my sis and my SIL. ditambah pula saya ada high blood pressure. So dari situ saya dah prepare if i need to go for czer, i will go for it. And truly that thing happen to me. *realitinye sedih jugak la sebab saya memang aim nk normal, but apakan daya, Dia lebih mengetahui. So, after my hubby kiss my forehead, die pon keluar and waiting outside for nurse to prepare for my czer operation.

17/7/2014 - Khamis - 11.00PM
*****************************
Lepas dah masuk dalam operation room, kena tunggu pakar bius pulak. orang nak beranak tau tak. huhu.. Lepas dah cucuk ubat bius, 1/2 of my body tak rasa pape. then saya dengar Dr Ratna says "everybody we gonna start this. 1, 2, 3" then saya rasa diorang dah start belah perut saya sume la. Waktu tu saya cakap kat diri saya, saya taknak tido. then tiba-tiba ada orang pegang tangan saya. Rupanya my hubby. Yes, dekat PMC husband boleh masuk even wife kena operate for czer. then x sampai 5-6 minit, saya dengar Dr Ratna said "1, 2, 3, push" 2-3 kali. After that saya dengar suara my little boy menangis..

At this time saya rasa lega ya amat and i still remember my hubby said to me "syg, our baby dah keluar and he is a boy".. waktu ni saya just angguk je. no response sangat. sian hubby. huhu.. Then nurse tunjukkan baby dekat saya and then hubby and baby pon keluar. and doc pon terus menjahit apa yang patut. huhu

17/7/2014 - Khamis - 11.45PM
*****************************
Saya sedar katil dah kena tolak keluar dari operation room. Waktu ni saya nampak parents saya and they are smiling to me. Tapi waktu ni saya macam dah penat, so saya just tengok je diorang. and then my hubby said sleep well to me cause die nak bawak my parents balik hotel diorang. Then x sampai 5 minit saya pon terus tido...

Esok paginye baru la saya tengok muka my baby.. How excited I am that time.

This is my 1st time holding my baby. Bergenang jugaklah air mata ni waktu dukung Naufal ni. huhu.. Precious moment ever! Harap dapat ulangi moment tu lagi. Aminn.. Eh! Hihihi ^_^

So after almost 17 months, ni la baby nye. Dah jadi big baby dah.. Bila tanya die sape, he will answered "baby". But then bila saya repeat balik soalan tu, dia akan jawab "abang lah" haha..  





Love,
Ayuni Basir