Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik dah seminggu kite puasa kan.. So, how's Ramadhan korang? Hopefully this year will be better than previous.. Aminnnn~
So, hari ni nak share 1 resepi dengan korang. Pavlova! Haaaa, jangan main-main korang. I pandai tau buat pavlova ni. Haha.. Actually, last Monday (yang before puasa tu), Mr Hubby cakap yang his company buat pot luck, makan-makan sempena nak sambut bulan Ramandhan ni. So, he asked me to make popia goreng. Then, saya dengan bersemangat waja menawarkan diri untuk buat Pavlova ni.. *reason sebab tak pernah buat and terasa nak buat*.. hihi
So, a day before tu, pergilah mencari bahan-bahan untuk buat pavlova ni. Petang tu saya pon buat la pavlova dengan mengulangkaji cara-caranya daripda blog Fatin Liyana. Hiks.. Thank ye FL for the recipe. =)
Mr Hubby cakap sekejap je dah licin bila bawak pergi office. Well, it means that my pavlova menjadi la.. Or sebab diorang lapar? Huhu~
And tadaaaaa......
Ni resepi nak buat pavlova ni:
BAHAN - BAHAN :
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi / Grape ( Anything sour )
*********************************************************************
CARA-CARA :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
2. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy). Kalau korang nak guna tangan
pon boleh. Tapi tak tahu la berapa lama boleh siap. huhu
3. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
4. Kemudian, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
5. Pukul sehingga menjadi berkilat. Tips penting nak tahu meringue ni dah okey ke belum adalah bila
korang terbalikkan meringue ni, ia tidak jatuh daripada bekas mixer.
6. Then, letakkan baking paper on top of a baking tray (kalau boleh, avoid pakai any container yeee)
7. Spread the meringue in a circle shape.
8. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
9. Bila dah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.
Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan apa-apa buah yang masam. Saya pilih kiwi & grape. Sedap!
So, jangan pikir lagi dan selamat mencuba ^__^
Love,
ayuni basir

Tiada ulasan:
Catat Ulasan