Pages

03 Mei 2013

Counting Days - Day 29 - Kad Kahwin


Hi semua. Assalamualaikum. Hari ni jumaat, excited nak balik kampung. Nak mengundi. 1st time la katakan. So jakun la sikit. Hihi.. And plan balik KL hari isnin awal pagi, then straight pergi kerja. Sebab tak nak jem teruk kalo balik hari Ahad tu. huhu.. 

So cakap pasal mengundi, tak nak komen apa-apa. Sebab tak nak kena hack or kena maki apa-apa. Plus, UNDI ITU RAHSIA okey =)

Hari ni nak cerita pasal my wedding card. Sebab ada yang tanya dekat instagram/fb saya tempah dekat mana, berapa harga sume. So, meh saya story dekat sini je la ek. My card wedding ni saya tempah dekat kedai UNI CREATIVE RESOURCES dekat Carrefour Wangsa Maju *tapi sekarang dah tukar jadi Big Aeon*. 

Macam mana saya boleh nak tempah kad dekat sini bukan sebab ada orang suggest kan ke, apa ke. Sebabnye saya selalu ke Carrefour Wangsa Maju ni, sebab nak beli barang basah, jalan-jalan, makan. Pergh! Kalo datang sini memang akan makan dekat Jom Bali. Mr Fiancee akan order bende yang sama, lamb chop. Serious, lamb chop die memang terbaek... Korang patot cuba kalau minat lamb chop.


So, sebabkan selalu datang sini, maka terperasan la ada kedai untuk kad kahwin. Jadinye, masuk la tengok-tengok. Sekali de yang berkenan and harga pon okey. So, apa lagi, tempah je la dekat sini. Dekat pon dekat. Haa giteww..

Saya tempah kad ni dalam 1200 keping. *bukan sebab panggilan ramai, sebab saya share dengan Mr Fiancee*. So, kad ni dapat la harga RM0.48 sen sekeping. So, okey la. Saya suka design die sebab simple and nampak moden. Warna die light purple. Lagi 1 saya suka about my card wedding is sampul die. Saya request design untuk sampul tu sama macam design kad. So, orang kedai tu pon design kan la depan mata kitorang ni. Memang puas hati sebab die buat depan mata kita and service die pon tip-top. Kad saya siap dalam masa 2 minggu je. Kalau nak request lagi awal pon boleh..




So, kalo korang berminat nak wat kad kahwin, name kad, business kad, banting, or apa-apa la yg berkaitan dengan printing ni, boleh la pergi ke kedai UNI CREATIVE RESOURCES ni dekat Carrefour Wangsa Maju. Or boleh contact diorang 03-41317796 (office) / 012-6831308 (hp).

Kalo tak silap saya, dekat area Wangsa Walk pon ada 1 kedai untuk tempahan kad kahwin. Before saya decide nak tempah dekat sini, saya ada jugak pergi kedai tu, tapi kedai tu tutup. So, mungkin bukan rezeki saya la kot nak tempah kad dekat situ.. Huhu..


29 DAYS TO GO..


Me,
ayuni basir

Tiada ulasan: